Pertubuhan Kebajikan BINNAEM · PPM-030-02-27062024

Membina Komuniti. Mengubah Kehidupan.

Organisasi kemanusiaan dan pembangunan yang komited mewujudkan impak berkekalan melalui pendidikan, bantuan kemanusiaan, pembangunan komuniti dan pemerkasaan ekonomi di Malaysia.

0 Bekas bubur diedarkan
0 Naskhah Al-Quran diinfaqkan
0 Golongan sasaran disantuni
0 Bidang tumpuan utama

Siapa Kami

Pertubuhan Kebajikan BINNAEM

Binnaem Charity Organisation merupakan organisasi kemanusiaan dan pembangunan yang komited dalam mewujudkan impak berkekalan melalui pendidikan, bantuan kemanusiaan, pembangunan komuniti dan pemerkasaan ekonomi.

Ditubuhkan di Malaysia, kami berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan melalui kerjasama strategik, penglibatan komuniti serta pelaksanaan program berimpak tinggi. Misi kami bukan sekadar menyalurkan bantuan segera, tetapi membina penyelesaian jangka panjang.

Visi

Menjadi organisasi kemanusiaan bertaraf global yang dipercayai dalam memperkasa komuniti.

Misi

  • Menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada komuniti yang memerlukan
  • Memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat
  • Menyokong inisiatif pembangunan komuniti yang mampan
  • Memperkasakan individu dan keluarga ke arah kehidupan berdikari
  • Membina kerjasama strategik yang menghasilkan impak sosial berkekalan

Nilai Teras

Prinsip yang memacu setiap usaha kami

Ihsan

Berkhidmat dengan keikhlasan, empati dan hormat.

Integriti

Ketelusan, akauntabiliti dan profesionalisme.

Kecemerlangan

Program berkualiti dan berimpak tinggi.

Kelestarian

Penyelesaian jangka panjang yang mengubah kehidupan.

Kerjasama

Kerjasama demi manfaat lebih besar.

Pendekatan Kami

Tiga tonggak pelaksanaan program

01BANTUAN

Bantuan Kemanusiaan

Bantuan segera ketika krisis, bencana atau kecemasan: makanan, bencana, perubatan dan kecemasan.

02PEMBANGUNAN

Pembangunan

Program mampan: pendidikan, air bersih, perumahan dan infrastruktur komuniti.

03PEMERKASAAN

Pemerkasaan

Ilmu, kemahiran dan peluang: latihan, belia, keusahawanan dan kepimpinan komuniti.

Bidang Tumpuan Malaysia

Fokus program di seluruh Malaysia

Pendidikan

i-QARI, Haji Muda Explorer, tajaan pendidikan, bantuan persekolahan dan pembelajaran Al-Quran.

Bantuan Kebajikan

Food pack, bantuan bencana, kecemasan, Ramadan, Qurban dan sokongan komuniti.

Pembangunan Komuniti

Projek komuniti, kesihatan dan pusat pembelajaran untuk komuniti setempat.

Pemerkasaan Belia & Ekonomi

Program belia, latihan kemahiran, keusahawanan dan sokongan mata pencarian.

Golongan Sasaran

Lima golongan menjadi fokus utama kami

Golongan B40

Keluarga terjejas kos sara hidup dan faktor kesihatan.

Golongan Asnaf

Asnaf berdaftar dengan Lembaga Zakat Negeri.

Ibu Tunggal

Wanita ketua keluarga yang berdikari menyara anak.

Anak Yatim

Kanak-kanak kehilangan ibu atau bapa sebelum baligh.

Warga Emas

Warga emas di rumah jagaan yang memerlukan sokongan.

Program Kebajikan

Kempen Sedekah Daging

Sumbangan Daging

Mungkin kecil bagi kita, besar maknanya buat mereka.

Bagi sesetengah keluarga, daging bukan makanan harian — ia adalah hidangan istimewa yang hanya dinikmati sekali-sekala. Melalui Kempen Sedekah Daging, setiap sumbangan anda membawa protein segar ke meja makan golongan yang memerlukan.

Pertubuhan Kebajikan BINNAEM mengagihkan daging segar dan berkualiti kepada asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, warga emas, keluarga B40 dan anak-anak yang memerlukan di seluruh Malaysia — dengan penuh amanah, ketelusan dan penghayatan.

RM38 = 1kg Daging Segar untuk mereka yang memerlukan
Sumbangan bermula

RM0

RM38 = 1kg Daging Segar

#BINNAEM PRIHATIN

Siapa yang kita bantu?

Sumbangan anda membantu mereka yang memerlukan mendapat sumber protein dan nutrisi yang lebih baik.

Warga Emas

Yang memerlukan sokongan nutrisi untuk kekal sihat dan bertenaga di usia senja.

Ibu Tunggal

Wanita hebat yang berjuang sendirian menyara dan membesarkan anak-anak mereka.

Keluarga B40

Keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup seharian.

Anak-Anak

Generasi masa depan yang memerlukan nutrisi seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan.

Asnaf

Golongan berdaftar yang layak menerima bantuan zakat dan kebajikan komuniti.

Fakir Miskin

Mereka yang bergelut dengan kekurangan rezeki dan akses makanan berkhasiat.

"Jarang dapat beli daging untuk anak-anak. Alhamdulillah, dengan sumbangan ini kami boleh masak daging untuk mereka. Terima kasih banyak-banyak."

— Puan Siti A., Ibu Tunggal, Kuala Langat, Selangor

Sumbangan boleh disalurkan ke

Pertubuhan Kebajikan Binnaem

BankMaybank
Nombor akaun
RujukanSEDEKAH DAGING

Sumbangan Daging

Pastikan rujukan SEDEKAH DAGING dimasukkan semasa pemindahan. Setiap 1kg yang disumbangkan mampu menghadirkan senyuman kepada sebuah keluarga.

RM38 = 1kg Daging Segar

Bersama kita hulurkan bantuan, bersama kita bahagiakan mereka.

Pelaksanaan Program

Program di lapangan

#BINNAEM BANTU

Bantuan Sekolah · #SERAGAMKITA

Back To School untuk keluarga B40.

#BINNAEM PRIHATIN

Foodpack Bantuan Banjir

Pek makanan asas untuk mangsa banjir Kelantan.

#BINNAEM DIDIK

Infaq Al-Quran

125 naskhah Al-Quran diagihkan di Machang.

#BINNAEM BANTU

Nahnu Ma'akum

Bekalan asas untuk keluarga di Kedah.

#BINNAEM DIDIK

#HidupkanRamadan

4,000 bekas bubur lambuk di UiTM Puncak Alam.

#BINNAEM BANTU

Bantuan Kerusi Roda

Mobiliti untuk yang memerlukan.

Program Kebajikan

Geng Kanji Program Bubur Lambuk

Inisiatif #HidupkanRamadan yang menyatukan sukarelawan komuniti untuk memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada jiran, jemaah dan keluarga yang memerlukan.

4,000+

Bekas bubur lambuk diedarkan

#HidupkanRamadan

Kempen Ramadan komuniti

Geng Kanji 2.0

Pasukan sukarelawan komuniti

#BINNAEM DIDIK · #HidupkanRamadan

Memasak bersama, berkongsi bersama

Program Geng Kanji membawa semangat gotong-royong dalam penyediaan bubur lambuk dari persediaan bahan hingga pengagihan ke komuniti setempat, masjid dan keluarga di sekitar.

  • Persediaan bahan dan masakan komuniti bersama sukarelawan
  • Pengagihan bubur lambuk kepada jemaah dan penduduk setempat
  • Kerjasama dengan NGO, masjid dan sukarelawan belia
  • Menghidupkan semangat Ramadan melalui khidmat komuniti
Sokong program ini

Program Kebajikan BINNAEM

Haji Muda Explorer Simulasi Haji Generasi Muda

Program simulasi Haji untuk generasi muda di bawah #BINNAEM DIDIK.

Haji Muda Explorer
#BINNAEM DIDIK

Apa itu Haji Muda Explorer?

Program komuniti yang memperkenalkan simulasi Haji dan Umrah kepada kanak-kanak dan remaja secara interaktif dan bermakna.

  • Simulasi Haji/Umrah untuk kanak-kanak dan remaja
  • Pendidikan Islam interaktif mesra keluarga
  • Kerjasama strategik dengan BINNAEM Travel & Tours
  • Menanamkan cinta tanah suci dari usia muda
Hubungi kami untuk kerjasama
Mohamad Anas bin Mohamad Naem

Kepimpinan

Mohamad Anas bin Mohamad Naem

Pengasas & Pengerusi

Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan BINNAEM dengan pengalaman luas dalam pengurusan organisasi, pembangunan komuniti dan inisiatif kemanusiaan merentas pendidikan, pelancongan dan program kebajikan.

Platform Sumbangan

Empat platform sumbangan

Sumbangan Harian

Sumbangan berterusan yang menyokong program dan aktiviti harian kami.

Sumbangan Bulanan

Sumbangan bulanan berulang yang menaja program terancang kami.

Sumbangan One-Off

Sumbangan sekali sahaja melalui mana-mana kempen dan aktiviti kami.

Sumbangan Tajaan

Tajaan program penuh melalui kerjasama dengan pasukan kami.

WhatsApp